Friday, 10 February 2012

HARI JUMAAT 10.02.2011

Assalamualaikum :)

tadi pergi sekolah macam biasa. kul 6.45 gerak. ayah hantar. masa perhimpunan ada pertunjukan wushu. pergh,, best siot. semua cina. lepas abis pertunjukan tu, kena naik kelas. mata pelajaran pertama SASTERA! yeah!! cikgu bagi kumpulan utk kaji maksud, gaya bahasa, bentuk n lain2. kumpulan aku kena kaji bentuk. alahai senangnyaa.. haha *nnti masa exam gerenti kantoi. lepas abis subjek SASTERA, waktu BM pulak. pon kena wat benda yang sama gak. kaji gaya bahasa bagai tu. belajar sastera sama macam komsas. ramai kawan aku tanya senang ke x, aku tak tau nak jawab cmner. korang try la amik sastera. haha,  dannn.. tiba lah aktu SEJARAH. ohh lima minit pertama cikgu mengajar aku rasa dah nak tidur dah.. yeahh! AKU TAK MINAT SEJARAH.!! tahan je mata ni.

REHAT 20 MINIT...

lepas rehat waktu PJK je. nota yang paling aku lengkap nota PJK ni lah. haha, tu pon sebab cikgu bagi nota,. kalau cikgu tak bagi, jangan harap aku nak buat. PJK je ponnn  : p  cikgu bagi nota lepas tu uat kerja sendiri. tu yang aku suka tu. masa PJK setengah jam je. lps tu subjek MATH pulak.nak tau x, tadi ramai murid kelas aku kena denda kat luar sbb xsiap kerja. haha, nasib baik aku dah siap. kalau tak, dah lama aku dah kena duduk luar tu. 

esok ada sambutan Maulidul Rasul kat sekolah. tak sabar nak dengar ceramah :)

Thursday, 9 February 2012

macam macam cerita :)

kenapa eh?? blog lama aku xboleh bukak? apa benda yang aku edit sampai tak boleh bukak? tapi tak pa. benda free, kita boleh bukak account banyak banyak kan? kalau korang nak tau, masuk yg ni dah 4 kali aku bukak accoun untk blog. HAHA! kata free kan? 

nak cerita ni,
tadi masa perhimpunan cikgu bat pengumuman pasal "PERTANDINGAN MENULIS CERPEN". ehh jap, aku pon tak pasti sama ada cerpan atau apa. tapi yag aku dengar pasal tulis tulis ni lah. mula mula macam berminat nk masuk. tapi tak yakin doh! kena buat karangan sampai 5000 patah perkataan. gilaa ahhh. aku nak tulis 350 patah perkataan pon tak mampu beb! ni kan nak tulis 5000 patah perkataan, perghh, pengsan aku.

sebelum rehat tadi waktu PJK. cikgu ajak main bola tampar. aku main lebih kurang 10 minit je, lepas tu blah. boring gilooo. dah semuatak reti main. kalau dapat main ngan player volleyball skolah kan best. lepas tu semua duduk bawah pokok dengar cikgu bercerita. aku pandang cikgu je lebih, tp aku xfaham pon apa yang dia cerita. haha


Saturday, 28 January 2012

The Curve

Assalamualaikum cik abang, cik akak semuaa...
berdiri nya saya di sini adalah untuk meng-update blog yang tak seberapa ni :)
bermulaa lah kisah..
haritu pergi the curve dengan farah. berdua je. thanks farah sebab temankan aku :)
ajak yang lain semua ada hal. lagipon dah lama tak jumpa Farah nie. almaklumlah, budak asrama kan. jarang bali rumah.
pergi kul 11 mcm tu. lps tu terus pergi tengok ticket wayang. (sambil menyelam minum air ). 
lps tu g mkn n beli buku.
lps tu baik rumah terus online! haha

hari ini sangat boring!


haluuu, semua.. ada baik ini hari?
lama dah aku tak update blog ni. lebih kurang seminggu kot tak update blog.
takde mood lah nak update. aku pon xtau kenapa. 
masa mula mula buat blog ni, kemain lagi hari hari update blog. *masa tu aku baak skit. haha
harini mak ngan ayah aku takda kat rumah, diaorg pergi beli barang dapur.
tinggal lah aku bersama adik tersayang..
SAYANG KAU DIK <3
adik aku main komputer kat depan. entah apa game dia bukak aku malas nak amik tau.

ops, camno ni? den tak amik gambo lai ni. aduhh, hari ni dah hari ahad, hrtu sebelum cuti cikgu ada mintak gambar utk pendaftaran SPM. lupa lak aku.
acctuay, dari minggu lepas aku dah cakap dengan ayah aku pasal nak amik gambar tu. entah, ayah aku buat tak tau je. takpe lah kan. sapa lah aku ni dia nak amik peduli. :(
hari hari aku cakap psal nak amik gambar ni.. hurm, takpe lah, mungkin ayah aku rasa benda ni tak berapa penting! MUNGKIN!

anddddd....
aku tertarik dengan post dari kawan aku ni.. 


korang dah baca?
hurm, seriously, aku menangis baca post kau ni Zulaikha. aku harap kau sabar ye. kau bukti kan kat kakak kau yang kau boleh berjaya. kau buat tak tau je apa yang diaorg cakap.
kau jugak yang ernah cakap kat aku kan?
dulu aku pernah cerita masalah aku kat kau and kau bagi banyak nasihat.
biar lah kakak kau nak cakap.
sabar ehh Eykha..

*KALAU KORANG NAK BACA DENGAN LEBIH LANJUT, PERGI KAT WWW.BANANABUSUK.BLOGSPOT.COM

Tuesday, 24 January 2012

PERGI NYA DIA BUAT SELAMA-LAMANYA :(





SALAM.
salam takziah buat keluarga arwah Salehudin b. Kamaruddin. 
actually aku baru nak post psl benda ni. arwah pergi 18.01.2011 hrtu.
ye, memang aku tekejut gila dengar berita psl dia dah takde.time tu aku kat sekolah, dalam bilik guru, then jumpa kawan rapat arwah. tibe tiba dia cakap "SALLEH DAH TAKDA" memang aku terkejut gila lah, kwn arwah tu dah nangis2 dah.memang masa tu aku tak dengar langsung announcement yg cikgu buat. aku ada meeting mse tu! lepas tu aku terus balik , siap siap untuk pergi surau. tunggu jenazah sambil tu bacakan Yaasin untuk dia. lepas tu dengar ada orang kata jenazah dah smpai. aku memang dah tak leh tahan air mata nie. yela, kitaorg dah kwn sejak sekolah rendah lagi kan.then, pergi tengok jenazah arwah. YA ALLAH! lain sungguh muka dia. nmpk putih berseri. mcm xde apa2 yg berlaku kat dia. kawan2 dia ramai yang datang melawat. yang pergi tetap akan pergi juga kan? so, friend, sedekah kan alfatihah untuk ARWAH SALLEH YE..

semoga roh nya dicucuri rahmat..
aminn..

*ARWAH SUKA SANGAT NYANYI LAGU 'AIMAN-CINTA TERAKHIR'


GAMBAR ARWAH BERSAMA AYAH NYA

Sunday, 15 January 2012

ustaz azhar idrus :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
pada hari ini kita akan membincangkan satu topic yang hangat! iaitu "USTAZ AZHAR IDRUS".
yeahh!!
korang pernah dengar tak ceramah ustaz nie?
ehh jap2, korang kenal ke ustaz ni? tak kenal? jap upload gmbr jap..

LOADING.....


ha, nampak tak gambr tu? nampk kan? nampak kan?
ustaz ni best doh! 
cuba korg dengar dia punya ceramah kat YOUTUBE.
search je " ustaz azhar idrus "
nnti ada mcm2 cceramah keluar. korang try lah dengar..
dalam ceramah dia tu ada lawak lawak.
BEST SANGAT SANGAT!!

kuatkan semangat Salleh!

tadi pergi hospital tengok kawan aku koma :( sumpah sedih gila tengok keadaan dia. korang, kalau korang ada kat sana mesti korang nangis. tadi pon sempat gak aku curi2 amik gmbr. Salleh jadi mcm ni sebab dia jatuh kat tangga asrama dia. tadi pergi hospital dengar kawan2 dia cerita yg Salleh suka nyanyi lagu 'cinta terakhir'. korang pernah dengar kan lagu tu? tadi mak dia dengar lagu tu asyik menangis je. 


ok gambr ni aku bluetooth dari kakak salleh. korang bezakan dengan gmbr kat bawah. gmbr kat bawah lagi banyak wayar kan?


gambr ni baru amik td. Ya Allah, sedih nya aku tengok kau.

Ya Allah Salleh, sumpah aku tak dapat nak tahan air mata masa tengok kau dekat hospital. sedih gila aku tengok keadaan kau :'( aku tengok kau kaku je. Salleh, semua orang doakan kau cepat sembuh. kuatkan semangat kau Salleh!! tadi ramai sedara sedara, kawan2 n jiran2 kau yg datang tengok kau. mak kau tak henti2 menangis. kawan2, doakan untuk Salleh okay.


AKU HARAP KAU CEPAT SEMBUH SALLEH!
SEGALA YANG TERCATAT DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK AZUREEN AMIRUDDIN