Monday 28 May 2012

extra class during holidayyyyyssssss



Ohh Hello Haiii :)
Tadi ade extra class untuk Science. Tetiba cikgu antar mesej kat FB cakap ade kelas tambahan. Mula-mula malas gila nak pegi.Tapi, ku gagahkan diri ku juga untuk pergi! *pergghh, ayat! sastera abeh. :P Punya lah aku bagitau semua budak-budak kelas aku, yang datang 6 orang je. Hampeh betul! Yang lain tengah syok tidur kat rumah ler tu. -.- Yang datang pun Zakiran, Afiq, Ayuni, Hatta, Zulaikha. Ade lagi dua orang budak kelas lain. Terima Kasih laa kat Cikgu sebab sanggup berkorban datang sekolah semata-mata nak ajar kitaorg! :D Esok lepas abis kelas science kitaorang nak pergi buat kerja kursus seni dekat MCD. Anyone nak join? please come to MCD Kota Damansara :)


Saturday 26 May 2012

simsimi




Korang pernah main tak smimsimi nih? Korang try la. Just type SIMSIMI.COM. Kalau tak dapat, pandai pandai laa korang cari dekat Google tu. Bila main application nih memang sakit hati doh. Korang tengok je la kat gambar tu. Aku kena "kepala hotak kau la!" Bengang tak bengang? Acc, application ni ada jugak dekat fon yang canggih canggih contoh nye Iphone. Tapi kena download la.. Aku main benda nie dekat komputer je. Kita mana ade fon mahal mahal ni. Kita pakai c3 je. :P


teacher's day :)

Assalamualaikummm warga blog :)

Semalam dekat sekolah aku ada Sambutan Hari Guru. Sumpah gempak gila. Mula-mula datang bosan sebab hujan. Lepas tu ade ucapan bagai.. Tapi lepas persembahan dah start , enjoy gilaa..


PERARAKAN MASUK GURU PEREMPUAN :)


GURU LELAKI :)

Dann, aku rasa semua tercari-cari mana lagi cikgu lelaki yang lain. Cikgu yang jadi kegilaan budak budak perempuan SMK SEK 10. Haha, tiba-tiba dia muncul dr arah bookshop. Apa lagi.. sorak lah semua.. Cikfu tu hensem, mana tak nye diaorg dok sorak. *termasuk aku. :P


TU DIA.. CIKGU HANDSOME KITA.. CIKGU AZLAN DAN CIKGU ZAINI :)


PERSEMBAHAN NASYID DRPD KUMPULAN HARMONY'S
seriously, budak yang no 4 dari kanan tu suara dia sedap :)


UCAPAN DR KETUA PENGAWAS, HARIZ ASYRAF :)


NI PENGETUA KITA. PUAN ZABEDAH


PIBG


IKRAR DARI GURU-GURU


TARIAN KIPAS


DIKIR BARAT WEYHH! GEMPAK!!


TARIAN TRADISIONAL


CIKGU CIKGU NANYI LAGU GOSOK, TERUKIR DIBINTANG, KAIN PELIKAU UNTUK PELAJAR SMK SEK 1O <3


DAH TAK DA KERJA =="


YANG LELAKI TU PELAJAR ISTIMEWA SMK SEK 1O


DRAMA MUSICAL FROM 3 ADIL


CHORAL SPEAKING


NINJA TURTLE


FRIENDSS


ZAKIRAN DAN SYAHMI


WA, DIEDA, AYU, ARIN, NISA


UCAPAN PALING ISTIMEWAAA


BESTFRIEND


:)


HARIS, IZZY, FAIZ


4 ARIF

Masa anugerah guru paling popular, paling kacak, paling anggun, paling bergaya, paling paling semua tu lahh, banyak sangat nak senaraikan, masa tu best. Budak budak kelas aku semua buat kerja gila, muka tak malu semua diaorg lah. Dok lari lari kat tapak perhimpunan tu lahh. Haishhh, maybe sebab tahun ni last ade kat sekolah kan. Time dikir barat lagi gempak sebab selama aku sekolah kat situ takpernah tengok pun kumpulan dikir barat! Semua serbu nak tengok dikir barat tu. Dapat tepukan gemuruh lagi tu. Lepas ni harap harap dikir barat tu teruskan usaha diaorg tu aminn..

*HARI GURU 2012 AWESOME!!*



Tuesday 22 May 2012

hargai aku


Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

*SERIOUSLY, AKU SUKA GILA LAGU NI!*

exam ohh exam -.-


Assalamualaikum :)


Korang dah habis exam ke belum?
Dah? Untung lahh.. sekolah aku belum lg. Tiga minggu beb exam! Rabak mata aku nak baca buku *ehh jap2. baca ke? 

Tadi exam Sastera dan Science. Sastera? Ade yang aku boleh jawab dan ade yang tak. Mana tak nye, masuk segala bab cerpen tu. aku da laa tak suka cerita Hikayat Seri Kelantan, Hikayat blaaa blaa blaa... Banyak sangat hikayat. Cerita pun pakai bahasa klasik tu. Mana aku faham! -.- Jalan penyelesaian bila tak dapat jawab exam tu senang je.. HENTAM! Yes! Itu cara paling mudah aku rasa. Then, boleh pulak air Ayuni tumpah kat tempat aku. Haha, abis tempat aku :( Haha, relex ahh air tu boleh kering. Tiba-tiba kertas Zulaikha pulak jatuh kena kat air tu.. Kesian dia :( Lepas rehat exam Science pulak. Start lambat. Konon nye nak study dulu, tp bila dah berkumpul ramai-ramai dengan Ayuni, Fyda, Syahmi, Ammar, Iqwan, Haikhal dan Hafiz, memang tak dapat nak belajar la kan. Dok sembang. Aku rasa kitaorg paling bising time tu. Nasib baik tak kena marah. Cerita pasal resdung la, macam-macam. Lepas tu exam dah nak mula, kemas barang simpan buku, letak beg kat belakang. Masa exam dah start, cikgu Science siap bagi warning lagi. Bunyi nya begini.. "Kalau saya dapat tau sorg meniru, saya tolak markah semua orang" . Lepas tu class diam. Aman beb kelas aku diam! Nampak? Baru cikgu ugut semua diam. 

Agak-agak macam mana keputusan SPM aku ye?
Good luck untuk korang yang amik exam tu :)

Sunday 20 May 2012

peraturan apa nih doh?

Ohh Assalamualaikum :)
Mulakan hari anda dengan senyumann..
Tapi harini aku rasa tersangat lah bengang! marah!
Malas nak cerita. Nanti jadi kes sekolah lah pulak kan.
K lah takde mood nak ber-blog!
EHHH JAPPPP...
Tapi aku still marah kat kau! 
Kau tunggu je la balasan nye..

KBYE~~~

Saturday 19 May 2012

exam mood!



Heloo semua warga blogger! Apa khabar? Ada baik? 
Seperti tajuk diatas, aku rasa semua budak sekolah tengah exam kan? Senasib lah dengan aku! Perkara paling aku benci ialah EXAM! EXAM! dan.... EXAM! 
Soalan semua susah-susah. Haritu exam Sejarah. Soalan dia jgn cakap lahh. Punya senang sampai aku tak boleh jawab. -..- Sama jugak macam soalan BI n BM. Antara BI n BM , aku rasa lagi susah BM. Pecah otak aku dok pikir nak buat karangan. Dan.. tibalah hari exam untuk MATHEMATICS! Perghh, malam tu punya lah aku study kaw kaw, sampai rabak mata aku. Dapat je soalan math tu, aku rasa macam nak koyak koyakkan je kertas soalan tu. Budak sekolah tak akan lari dari PENIRUAN KAN TIME EXAM? Haha, itu termasuk lah aku! Tapi aku mintak jawapan secara berhemah kat kawan aku. Ade banyak soalan yang aku tinggalkan. Sekarang ni kita biarkan cikgu tanda and tunggu leteran dari cikgu! Muehehehhe.. Tapi harap-haraplah aku dapat score math tu. Isnin ni exam Pendidikan Seni dan Perdagangan. Seni? No comment. Aku tak tau nak buat apa -.- Pasrah and redha je la kan..

Saturday 12 May 2012

TheBestMomentWithThem :)

Kenangan yang paling aku tak dapat lupa time pergi KEM KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI. kawan-kawan semua best. 4hari pegi latihan pusat dekat Balai Bomba Puchong. Masa latihan pusat tu banyak yang kitaorang belajar. First day sampai je dah kena amik exam untuk amik pangkat lps tu kena kawad. Yeahh, tu yang aku paling malas nak buat. tapi aku buat jugak demi PETALING UTAMA :) . Kawad sampai petang. tak jenuh kaki hang? haha, lepas tu malam pulak, cikgu buat pemilihan sapa yang masuk acara kuiz kebombaan, ikatan dan simpulan, pidato and pertolongan cemas. dan.. Cikgu Samso suruh aku masuk acara ikatan dan simpulan. mula mula memang tak minat. tapi bila dah blaja ngan Cikgu Zul, Cikgu Ibrahim, Cikgu Apek, Cikgu Rosli, Cikgu Anuar dan Tuan Hafiz rasa best pulak. Lepas tu aktiviti berjalan macam biasa laa sepanjang 4hari tu..


TIME BUAT LATIHAN KAWAD BASAH :)


PERLAHAN JALAN


BELAJAR IKATAN DAN SIMPULAN


KEKANAN LURUS!!


AMIK EXAM -.-


AKU TENGAH MINTAK JAWAPAN KAT ERIN :p


AKTIVITI PETANG


WUHUUUU, DAPAT BOTOL AIR DAN TSHIRT *thanks bomba sebab sponser


PALING BEST


otw nak g ampang pecah

Nak cerita lagi nih masa kem negeri pulak, dekat PUSAT KEGIATAN KOKORIKULUM DI AMPANG PECAH.. Kat sana lah kitaorang bertanding. Cuma tempat dia tak best laa.. First day sampai pacak khemah blaablaa blaaaa.. lepas tu kena berkumpul dengar taklimat bagai. Esok nye pulak ade pertandingan kawad kaki dan kawad operasi. Kawad operasi buat belah petang. So, ade masa untuk rehat rehat jap. Lepas tu ade lagiii pertandingan. Banyak gila pertandingan, tapi aku masuk 3 acara je. Tapi 1 je yang menang. takpa, nak buat mcm mne kan, takda rezeki. Last dayyy, masa yang ditunggu tunggukan.. pengumuman sapa yang menang. First memang aku dah sedih sebab nama PETALING UTAMA takda sebut pun memang. Tupp.. tupp.. tengok haaa amik kau, berderet deret nama PETALING UTAMA naik. Masa umumkan acara ikatan ktorg menang, aku nampak jurulatih semua senyum. Maybe bangga dengan kitaorg kot. huehue.. 

 ---->JOHAN KAWAD OPERASI KERING LELAKI
 ---->JOHAN IKATAN DAN SIMPULAN
 ---->JOHAN KUIZ KEBOMBAAN
 ---->JOHAN PIDATO

banyak kan kitaorang menang. tak sia sia jurulatih ajaq kami. Paling aku tak bleh lupa time dalam van nak balik. Semua budak perempuan nangis. Sedih gila nak berpisah dengan diaorg. 2minggu dok ngan diaorg. Btw, PETALING UTAMA memang hebat! Kenangan ni aku tak kan lupa. Sayang korag <3




SEGALA YANG TERCATAT DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK AZUREEN AMIRUDDIN